RAYA TERKEJUT 2022 - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: RAYA TERKEJUT 2022

Sunday, July 10, 2022

RAYA TERKEJUT 2022

 Mesti macam-macam pengalaman korang kan bila tiba-tiba diumumkan raya esok.


Bila ada ura-ura persoalan sama ada raya jatuh pada 2hb atau 3hb, che kak standby je la. Raya akan tetap dirai dengan cara tersendiri.


Malas nak pikir raya bila. Serah saja pada badan berautoriti untuk menentukan bila raya. Hidup perlu diteruskan.


Hari ni kemas rumah siap-siap. Setakat kemas macam biasa je la. Tak de la tukar langsir baru ke apa ke. Sekadar sapu sampah, mop, cuci bilik air, lipat kain baju.


Che kak tak suka tinggal rumah dalam keadaan bersepah. 


Beli barang basah awal-awal  wat stok sebab dah agak ayam, daging mesti akan cepat habis. 


Bagus juga bila ada peniaga hadkan ayam 2 ekor sorang je boleh beli supaya semua dapat beli. Kadang-kadang geram juga bila orang lain penat beratur panjang-panjang, eh eh ada makcik tiba-tiba potong line. 


Baju raya pun letak dalam beg siap-siap.   Takde la kalut sangat. Beli awal-awal sebab kot nye takde saiz, jenuh la mencari baju raya😂.


Biskut raya ke kerepek raya ke memang tak pernah simpan untuk raya sebab memang akan makan selalu. Tak sampai hati nak larang anak jangan makan. 


Makanlah selagi teringin nak makan. Kalau anak-anak tak berkesempatan nak makan, kita juga yang akan terkilan nanti. 


Duit cash pun nasib baik ada opismate bagi. Selagi boleh guna debit, guna la debit. Susah nau nak g cocok duit kat bank. 


Bila dah dimumkan raya tadi, maka lepas solat Isyak tadi,  bertolak balik ke kampung mertua di Kuala Krai. 


Sejak raya pertama sebagai suami isteri, che kak akan beraya dengan keluarga suami dulu. Itulah permintaan suami. Che kak turutkan aje. Tak pernah lagi bergaduh pasal giliran. Sebab lepas sembahyang raya, terus bertolak ke rumah ma pula. Sama juga dapat beraya di hari raya pertama.


Kalau dengar takbir raya, baru terasa sebenar-benar hari raya. 


Suka dengar lagu-lagu raya yang evergreen. Yang ori tanpa diubah oleh penyanyi masa kini. Che kak tak suka dengar lagu raya yang terlalu dimodenkan sehingga rosak keaslian lagu lama. 


Apatah lagi fonder kosmetik menyanyikan lagu raya yang sangat ROSAK, lagi la geram dibuatnya🙄.


Coretan sekadar kenangan raya 2022 selepas 2 tahun kita beraya PKP.


5 Mei 2022

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com