CERITA DI HARI JADI KAK ILAH - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: CERITA DI HARI JADI KAK ILAH

Sunday, July 10, 2022

CERITA DI HARI JADI KAK ILAH

Balik dari miting tadi, malas nak singgah kedai beli lauk. Krem rasa kaki lama sangat miting🤪. Dalam peti ais hanya ada daging saiz besar tapak tangan Awaatif dan sardin 2 ketul.

Daging tu wat goreng kunyit je la.  Tumbuk halia, bawang putih, kunyit hidup. Rebus daging dengan awah tumbuk. Lepas kering air, boh minyak. Goreng garing, boh bawang besar dan lada hijau. Tambah sos tiram sikit.
Siap.

Ikan sardin tu goreng dulu.  Lepas tu tumis bawang dan lada. Boh kuah dan asam keping. Semerbak bau lada. Siap.

Masak simple udah. Sekodar je la.

Abang Nan request suhun. Nak bawa gi masjid masa buka pose katanya.  Tumis bawang, lada, boh air, sos tiram sikit. Lepas tu boh suhun yang di rebus dulu.

Kalau rendam lambat pulak nak masak. Sementara rajin ada ni. Kalau malas dah mai, kang ada suhun bekok beke pah pagi esok🤪. Siap. Sawi tak dak. Simple camni pun anak suka. Masak menu pelik-pelik bukannya budak ni nak makan.

Hari ni masjid bagi singgang dan ikan kering. Alhamdulillah. Banyak dah lauk tu walaupun serba sikit.

Hari ni besday gegel. Kek tak sempat nak beli. Lagipun malas nak hadap jem petang-petang gini. Tak pe la. Esok la deh, umi beli kek kesukaan Kak Ilah.

Pagi tadi Kak Ilah menangis lepas dengar kata-kata aluan dari abi dia.  Jaga budak kecik beza nau dengan budak remaja ni. Kita jaga budak kecik sebab risau jatuh lubang. Budak remaja kita jaga sangat-sangat sebab takut terjatuh ke lembah bayangan hitam.

Dah separuh bulan kita puasa. Seronok tengok orang up status dah khatam quran 2 kali. Takpelah jangan sedih-sedih yang tak dapat khatam quran sebab kekangan tanggungjawab pada agama bangsa dan negara. Buat setakat yang termampu asal istiqamah.


18 April 2022

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com