KISAH BLEZER - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KISAH BLEZER

Friday, July 22, 2022

KISAH BLEZER

 18 tahun yang lalu........

Ketika dapat surat tukar bahagian dari  Perkhidmatan Bantuan ke Bahagian Kanak-Kanak dan Keluarga, maka bermulalah sesi mencari blezer.


Nak cari yang murah. Masa tu gaji che kak rm1000 lebih je. 


Tolak sewa bilik, makan minum, tambang bas setiap minggu, minyak kereta balik kampung setiap bulan, maka che kak tak mampu nak beli blezer yang harganya yang mampu tengok sahaja.


Walaupun boleh claim, namun nak keluar modal dulu memang tak mampu.


Kalau che kak beli yang mahal juga, alamak nya che kak hanya mampu tengok je la lauk pauk yang sedap kat kafe bangunan Ambank sebelah Grand Seasons Avenue tu hah.๐Ÿ˜


Selepas puas turun naik pusat-pusat membeli belah sekitar KL, akhirnya dapat juga beli dengan harga tak silap RM40.00 kat Semua House.


Maka bermulalah kerja hakiki ke mahkamah berhampiran Dataran Merdeka hampir setiap minggu.


Kes yang melibatkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, keganasan rumah tangga dan guardian ad litem.


Walaupun hanya setahun lebih sahaja, namun ianya tersimpan seribu kenangan dan pengalaman.


Blezer ni pun hanya mampu tengok sahaja loni. Beli masa berat 44 kg. Entah kenapa blezer ni semakin mengecil๐Ÿ˜.



Eh eh che kak...


Kenapa cerita blezer hari ini?

Sebab bulan ni che kak diserang anxiety ๐Ÿ˜…๐Ÿคช gara-gara kes aop 1977.



Kalau takde orang tolong che kak, rasa che kak akan menjadi penghuni wad Hospital Tengku Anis kot๐Ÿ˜๐Ÿคช๐Ÿ˜….

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com