KENANGAN KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KENANGAN KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

Wednesday, July 27, 2022

KENANGAN KONVENSYEN SUKARELAWAN JKM 2022 MELAKA

 Alhamdulillah home sweet home.

Sampai rumah lebih kurang 3.00 pagi. Jap agi kito gi opeh sebab keno noreh๐Ÿ˜ด. Banyok getoh nok keno toreh.


Sebelum gi noreh, kito nulis untuk fesbuk dulu. ๐Ÿ˜…


Throwback lepas raya haji..


"Kak, hq suruh hantar laporan profail calon sukarelawan. Hok lelaki, negeri (JKMN) pilih cikgu Yuganu. Hok puan, negeri pilih Kak Ton dari Koto Bharu. Tapi keno hantar hari ni jugok tu."


"Haaa. Mmm okey la."๐Ÿ™„ Nasib baik tak sambung cuti raya.๐Ÿ˜…


Apabila dapat borang profail dalam bentuk pdf, che kak cuba convert ke word. Nasib baik sempat belajar dengan Hafiz sebelum ni.


Sekali tak boleh convert daaa. Depa bagi borang  'scan atas scan' ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…. Hampeh tul la.๐Ÿ˜…


Terpaksa la taip format profail semula. Sebab takkan nak hantar borang tulis dengan tangan je. Dah la tulisan macam cakar harimau.๐Ÿ˜†


Nasib baik cikgu Yuganu ada kat Pasir Puteh. Boleh la dapat maklumat dengan segera. Kalau outstation, jenuh juga nak call, nak wasap.


Alhamdulillah siap juga profail. Buat sehabis baik macam kita yang dicalonkan. 


Hari Sabtu, kami bertolak ke Melaka. Seramai 4 orang sukarelawan (2 Pasir Puteh , 2 Kota Bharu) , staf JKM En Pijoe dari JKMN Kelantan, En Fizie  dari PKMJ Pasir Mas dan Puan Ratna dari Kota Bharu.  Pilot pula dari PKMJ KB dan Pasir Mas. Seronok kenal diorang. Sporting semua. 


Sebelum konvoi meneruskan perjalanan , singgah makan laksa dan laksam kat rumah Cikgu Yuganu dulu.




Lalu ikut LPT. Macam takde penghujung. Terus teringat lagu It's along road dalam movie Rambo๐Ÿ˜†. 


Alhamdulillah sampai jam 9.00 malam di Bukit Katil, Melaka. Dah nampak katil dah ni. Sewa bilik hotel kat King' s Hotel. Alhamdulillah selesa sangat. Recommanded. Tapi tu lah bising bunyi motor duk lalu lalang waktu tahajjud. ๐Ÿ™„





Sebelum belayar di alam mimpi, sempat la makan kat kedai makan yang tak jauh dari hotel. Pijoe bagitau lebih kurang 300 m. Jalan kaki je la. Masa balik naik kereta๐Ÿ˜†. Sedap juga makanan dia. Tapi banyak giler. 1 pinggan mi goreng boleh makan 2 orang. Hilir molek order air sarbat teh. Walhal teh halia je๐Ÿ˜†.


Che kak makan bubur nasi.  Makan dengan sambal. Sedap gak. Terkenang memori zaman kecik dulu. Ma selalu buat nasi air makan dengan sambal ikan bilis.






Allah! Tak leh nak tido wei sebab duk ulang alik ke tandas. Che kak rasa mungkin sebab sambal tu pedas sangat. Perut terkejut kot makan pedas.


Keesokkannya lepas check out, makan sarapan dulu. Roti canai dan capati. Yummyyy. Tapi tu lah, tak berani nak makan kuah kari apatah lagi sambal nasi lemak. Takut perut sakit pula. Berebut Kak Ton dengan Cikgu Yuganu nak bayar makanan kitorang๐Ÿ˜†. 






Pukul 10.00 pagi, maka bermulah sesi program konvensyen. Dengar ceramah. Tak boleh nak tumpu weii sebab sakit perut๐Ÿ˜ฃ.


Dipendekkan cerita, panjang pula nak cerita tentang pengisian konvensyen ni. Sesi kena tadah telinga sepanjang 2 hari kat Bayou Lagoon Park Resort.

























Sebelum perasmian penutup, sempat juga bervideo dengan Timbalan YB Menteri. Panggilan glemer Kak Lah. Alhamdulillah,  suara sukarelawan JKM didengar di peringkat atasan.  



Okey.. nanti che kak sambung balik la ye. Nak gi noreh keje hakiki dulu๐Ÿ˜….


#KonvensyenSukarelawanJKM2022

#BayouLagoonParkResortMelaka

No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com