KE MANAKAH NASIB ORANG TUA? - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: KE MANAKAH NASIB ORANG TUA?

Friday, July 1, 2022

KE MANAKAH NASIB ORANG TUA?

 Hakikatnya, jarang sangat orang nak jaga orang tua yang sakit, takde daya dan  tak berharta.


Kalau che kak sendiri pun belum tentu mampu nak jaga sebab tak pernah jaga orang tua.


Kalau orang tua ada harta, mungkin ada orang akan sudi jaga. Boleh upah jururawat peribadi atau penjaga.


Oleh sebab takde harta dan tak berdaya, ikut sahaja arus dan liku-liku hidupnya ke mana nak dicampaknya.


Walaupun orang tua diuji dengan takde sape yang sudi nak jaga, hakikat sebenarnya ialah kita yang diuji.


Masa kita muda sihat ni, tak terfikirkah kita apabila kita juga akan tua suatu hari nanti.


Ke manakah kita suatu hari nanti?


Ada anak nak jaga kita?

Saudara mara sudi jaga kita?

Cucu cucu sanggup jaga kita?

Rumah kebajikan swasta dan kerajaan sudi bantu kita?


Kita yang diberi kuasa dan diberi gaji untuk jaga orang tua, terima lah dengan hati yang terbuka.


Anggaplah itu saham dan lubuk pahala kita kerana Allah tidak jadikan atas sesuatu perkara itu sia-sia.


Alhamdulillah hari ini (28.6.2022)  dipermudahkan urusan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa semua orang dalam menjayakan kisah hari ini😅.




No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com