BAGAIMANA CARA DIDIK ANAK JAGA KEBERSIHAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: BAGAIMANA CARA DIDIK ANAK JAGA KEBERSIHAN

Sunday, July 10, 2022

BAGAIMANA CARA DIDIK ANAK JAGA KEBERSIHAN

 Dah 2 3 hari duk sakit mata tengok kain yang belum dilipat, tertengok sarang labah-labah, tersentuh habuk, debu dan bla bla bla bla.


Tapi duk layan juga rasa malas walaupun sakitnya mataku. Akhirnya malam ni kemas juga apa yang patut. 


Tak pandai nak hias rumah apatah lagi nak berdeko tapi setakat nak sapu sampah, gonyoh sental bilik air kasi cuci tu, boleh le lagi.


Sebenarnya dah ringan beban dalam bab rumah sejak anak-anak dah semakin besar. 


Anak lelaki perempuan semua kena buat kerja rumah. Awaatif je banyak ngelat kalau suruh dia buat apa-apa kerja🤣. Manja kededek.


Che kak pun dah lupa bila kali terakhir basuh beras. Alhamdulillah anak-anak dah pandai dan bergilir-gilir basuh beras walaupun kena 'petik' nama sokmo.


Bab masak, nampak la abang Nan sangat minat nak masak dan paling rajin nak tolong tanpa di suruh. Paling best , kalau teringin nak makan 'jeput', memang boleh diharap la.


Suami che kak merangkap masterchef😍. Kalau nampak che kak post menu kat fesbuk tu, maksudnya tu lah hari yang che kak masak 🤭.


Dari kecil lagi la kita kena ajar dan bimbing anak-anak buat kerja rumah. Sekurang-kurangnya tahu masak nasi dan lauk basic.


Bab pakaian pun kena ajar juga. Lepas pakai, baju kena letak dalam bakul. Dah boleh basuh dan keringkan baju.  Kena tolong lipat dan susun dalam almari. 


Bab kebersihan kena ajar juga.  Sampah kena buang dalam tong sampah. Kalau kita ada sivik, tak sanggup nak buang sampah kot tingkap kereta. Sanggup simpan dalam handbag sehinggalah jumpa tong sampah. 


Kalau anak perempuan, kena ajar camne nak buang modes. Takde la kalau singgah kat tandas awam, korang ternampak modes yang dah digunakan tak dibuang dalam tong sampah🤬.


Semuanya bermula dari contoh teladan kita sebagai orang dewasa dan ibubapa. 


Walaupun letih dan berbuih-buih mulut kita duk tegur dan ajar anak-anak setiap hari setiap masa setiap waktu setiap saat, namun sabarlah. Insya Allah suatu hari nanti apabila kita tiada di sisi mereka, akan ingat dan amalkan apa yang telah kita contohi.






No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com