APA ITU SUKARELAWAN - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: APA ITU SUKARELAWAN

Friday, July 29, 2022

APA ITU SUKARELAWAN

Apabila tengok gambar sebelum, semasa dan selepas konvensyen dalam gallery phone, eh eh banyak lagi tak citer ni. Sayang pula kalau tak tulis kisah dan post kat fesbuk.

Tadi che kak sempat belek fail simpan sijil-sijil kursus sambil cari surat beranak che kak.

Eh eh ada sijil lantikan sebagai Ketua Komandan Briged Kebajikan Perdana (BKP) la,🤪.

Orang lama mesti tahu apa itu BKP sebelum ditukar nama sukarelawan JKM. Hilir molek nama Ketua Komandan😆. Ketua Komandan tu lebih kurang Penyelaras Unit Komuniti la😁.

Bekerja secara sukarela sangat memerlukan seribu pengorbanan. Sama ada tenaga fizikal, kewangan, idea, kemahiran, kepimpinan dan sebagainya.

Bukan setakat kita je yang berkorban, keluarga pun terpaksa korbankan perasaan untuk lepaskan kita.

Jaga kepercayaan yang diberikan oleh pasangan kita.

Kalau tanya che kak sape idola sukarelawan, terus terbayang Cikgu Mohd Fadhli Salleh. Che kak suka follow dan baca fb beliau. Beza beliau dengan idola lain ialah dalam penulisan beliau sangat menitik beratkan "kami" bukan "saya".


Kalau kita bergerak membuat kerja sukarela secara team, jangan sesekali rasa seolah-olah "saya" je buat kerja. Kesian kat team yang sama-sama penat  lelah.



Terus ke cerita majlis penutup la😁😆. Tak sangka dapat juga bersua muka dengan Dato' Ketua Pengarah JKM yang baru semasa Majlis perasmian penutup.




Jeng jeng kemuncak konvensyen ni ada penyampaian anugerah sukarelawan cemerlang peringkat kebangsaan.

Alhamdulillah semoga anugerah untuk semua sukarelawan yang terpilih akan lebih menaikkan semangat mereka untuk terus membantu kumpulan sasar.

Tak sangka betul Cikgu Yuganu yang merupakan pesara guru dari Pasir Puteh, Kelantan diumumkan sebagai Sukarelawan Cemerlang 2022 bagi kategori lelaki.




Tergelak bila dengar Pijoe cakap cikgu dah jadi artis ni. Faham-faham je kalau dah jadi artis , dah tentu lambat bertolak balik ke Kelantan🤪.




Okeylah cukuplah dulu untuk hari ini. Panjang lagi kisah ni. Kisah perjalanan pulang dari jam 4 petang hingga 3 pagi tak tulis lagi ni.🤪

#KonvensyenSukarelawanJKM2022
#BayouLagoonParkResortMelaka


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com