FASA TUKAR UNIT - HASLIZA SAYANG HASLIZA SAYANG: FASA TUKAR UNIT

Sunday, July 10, 2022

FASA TUKAR UNIT

 Dah 2 hari lemau.

Buat kerja paksa rela je lawan lemau🤪.

Dah berbelas tahun hadap proses bantuan yang rutinnya berulang setiap bulan. Tiba-tiba bulan ni berubah rutin che kak.


Tapi dah 2 hari che kak hanya pandang sepi je kat penyata bayaran, 

tak semak penyata, 

tak berkokok dalam grup sape yang tak hantar lagi penyata dan lain-lain lagi la sehingga selesai peraku bayaran. 

Lepas tu semak vot, bajet, refund, ABT bla bla bla..😂 

Lepas tu ulang lagi rutin pantau kes baru, kajisemula dan ulang lagi proses bayaran. 


Hehe baru nampak kaler lantai bilik che kak ni warna apa🤪😂. Label "sila letak fail kajisemula di sini" ada lagi ke eh?🤔 


Kenapa pandang sepi? Sebab dah tukar portfolio. 🤭 


Masa solat zohor tadi (tu pun nak bagitau ke🤔) tertengok kotak besi yang tertera penguatkuasaan JKM. Che kak tak buka tengok lagi. 

Sejujurnya che kak takut pula tengok kotak tu😂.


 Kuatkah mental dan fizikal? 

Che kak ni nampak je macam singa tercabut gigi geraham. Tapi bila dengan pihak luar, macam ulat gonggok tergulung🤪.


Tengok pula laporan bulanan. 

Dah alang-alang nak cuti minggu depan. Hmmmm belum apa-apa dah rasa nak termuntah angin🥱. 


25 April 2022


No comments:

Post a Comment

HASLIZA SAYANG © . Designed by MaisarahSidi.com